Window vs Linux

Salam...lama tak update blog nih lepas first post tu...huhu..a bit busy...

ok kali ni saya nak review pasal window..dan linux...mungkin ramai antara anda tak tahu apa tu linux..sebab di Malaysia ni...pengguna-pengguna lebih terdedah dengan window..

sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut..saya rasa ada baiknya saya terangkan serba sedikit mengenai apa sebenarnya window dan linux..window dan linux sebenarnya adalah OS (Operating System) yang merupakan nadi kepada sesebuah komputer/laptop..sesebuah komputer yang lengkap dari segi hardwarenya tak akan dapat berfungsi tanpa adanya OS ini..antara OS yang popular adalah window, linux dan mac...setiap OS ini pula terdapat versi-versi berbeza..contohnya Window XP, Window 98 dan Window Vista adalah variasi window...linux pula mempunyai Ubuntu, Kubuntu dan Mint. setiap OS ini menjalankan fungsi yang sama ; menghubungkan pengguna dengan komputer, tetapi melalui pendekatan berbeza.

Di Malaysia, boleh dikatakan hampir 90% pengguna memilih window. antara sebabnya adalah mereka memang mengenali window adalah sebahagian daripada komputer. mereka hanya menggunakan apa yang tersedia dihadapan mata mereka. tidak dapat dinafikan, memang window mempunyai kelebihan berbanding linux. window mempunyai user-interface yang lebih difahami.

Bagi mereka yang pernah mencuba linux, pasti anda tahu kelebihannya. Linux secara kasarnya berfungsi dengan penggunaan memori dan pemprosesan yang lebih optimum. tidak seperti window, linux tidak memerlukan anti-virus kerana sistem linux itu sendiri adalah kebal daripada virus. satu lagi kelebihan utama linux berbanding window adalah, linux boleh didapati secara percuma. Ini kerana linux dibangunkan secara open-source, iaitu dibangunkan oleh orang ramai secara sukarela. senang cerita, linux ini dibangunkan oleh pengguna, untuk pengguna.

Jika ada antara anda berminat untuk mencuba linux ini, saya sarankan anda mencuba samada Linux Mint, Ubuntu, atau Kubuntu. ketiga-tiga OS ini adalah antara versi linux yang mempunyai user-interface yang paling mesra pengguna. Anda tidak perlu membuang window yang sedia ada pada PC anda. Linux boleh dipasang secara dual-boot dengan window. saya sendiri menggunakan Linux Mint, dual boot dengan Window XP. Untuk mengetahui mengenai linux dengan lebih lanjut, cuba layari laman web berikut:

Ubuntu - http://www.ubuntu.com/
Kubuntu - http://www.kubuntu.org/
Mint - http://www.linuxmint.com/

Linux boleh didownload secara percuma di ketiga-tiga laman web tersebut. Selamat mencuba..><

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top