Sharing is Caring : Part 1

Berapa ramai antara korang yang pandai wat "LAN Sharing?". Kalau korang student U, kompem korang pernah dengar sharing-sharing nih. Masa Max blaja kt UMP dlu, benda nih memang popular sangat. Dan Max jugak salah sorang tukang share yang aktif. Seronok buat sharing nih. Dapat rmai member. Max ingat lagi kalau kat UMP, yang paling top dulu Rionix. Time bosan, carik je kt sharing2 nih. Sedut la segala macam movie, lagu, vids2 mengarut dll. Sebut je nk cite apa, kompem jumpa.
Untuk memastikan budaya sharing kat U ni tak lupus ditelan zaman (cewah!), Max akan wat tutorial pasal cemana nk wat sharing nih. Max akan wat dalam beberapa part sebab banyak jenis sharing yang boleh dibuat.
Untuk Part 1 nih, mukaddimah pon da panjang berjela, so Max akan teruskan dengan sedikit intro pasal sharing.Basically, sape2 pon yang ada PC@laptop yang connect ngan mana-mana network bleh wat sharing. Tp for security reason, Max hanya suggest wat sharing macam yang Max ajar nih kat network LAN (Local Area Network) sahaja. Tak tau LAN tu apa?. Senang cite, kalau korang baca blog Max ni guna internet free yang dibekalkan oleh Universiti/Kolej/Sekolah korang, maknanya korang berada dalam LAN. PC kat office-office pon biasanya dalam network serupa. Tapi jgn pulak korang wat sharing nih kt PC office korang yek. Tak pasal-pasal sume orang layan muvi je tak wat keje kang (Max tak nak bertanggungjawab kalau korang kene marah ngan bos korang sekiranya perkara-perkara tersebut berlaku... =D).
Ni plak list beberapa jenis sharing yang korang bleh buat.
  • FTP Sharing : FTP bermaksud "File Transfer Process". Ni yang paling basic skali, hanya untuk "transfer" sahaja. Just ada list file tanpa support untuk view yang lawa2 pada page sharing. Hanya klik file untuk download. Contoh ftp sharing macam kt gambar ni.
  • Basic HTML Sharing : Yang ni lebih kurang je macam FTP. Cuma bezanya, browser korang nampak lebih ceria sebab ade warna-warni. Contohnya mcm nih:


  • HTML/PHP : Ni yang paling gempak sekali. Korang punya sharing sebijik macam live website. Contoh yang pernah Max wat mcm nih:

Tu je 3 jenis sharing yang akan Max terangkan dalam siri "Sharing is Caring" nih.


Camana pulak nak akses ke sharing korang?. 1st skali, korang kene tau IP Address korang dalam sesuatu network LAN. Caranya, memula gi Start>Run. Pastu taip "CMD", nnti akan kuar satu window. Kat window tu, taip "ipconfig" , macam nih:
Nnti dia akan listkan ip korang. Tengok bawah ni. Yang Max tandakan kaler merah tu IP address Max la (Max tutup sikit IP tu utk security reason..=D). Untuk LAN, IP dia sepatutnya yg kat atas tu ; "Ethernet adapter Local Area Connection". Dia tulis disconnected sebab Max tak connect ngan LAN skang.

IP Address ni biasanya takkan bertukar walaupun korang format PC korang, kecuali dalam situasi-situasi tertentu. Untuk akses ke sharing korang, g bukak browser (Firefox, Chrome, IE dll) pastu taip "http://123.456.789.012". ("123.456.789.012" tu contoh je. Gantikan ngan IP Address korang sendiri yerk). Ataupun kalau korang nk akses sharing dalam PC korang sendiri, gunakan IP "127.0.0.1" atau "localhost". Kedua-dua alamat tersebut akan sentiasa point ke PC korang sendiri. Eh!..korang da try kt browser korang ke?..Ish2..tak sabar tol korang nih. Klu korang try, mesti dapat cmni kan?:


Kenapa tak dapat?. Memang la tak dapat. Sebab Max belum ajar macamana nk setting sharing korang. Nak tau camana nk setting?. Tunggu...Max da penat menaip nih. Max akan masuk bab setting2 ni esok lusa plak dalam "Sharing is Caring : Part 2".

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top