Mitos dunia IT...

Jangan tak percaya..dunia IT yang serba moden pon ada mitosnya...Entah dari mana Max dapat idea nk tulis pasal mitos-mitos nih...tetiba jer terfikir sebab banyak sangat dengar cerita-cerita mengarut pasal dunia IT ni...kebanyakan mitos-mitos ni Max dengar dari customer2 yang bertanya kebenarannya...ada gak yang dapat dari member2..

1. Letak Harddisk dalam freezer

Ni yang paling mengarut Max pernah dengar. Kalau harddisk rosak, letak dalam freezer, pastu leh pakai semula harddisk tu untuk sementara. Ade ke orang wat gini?..ish2..mengarut tol...HD memerlukan range temperature tertentu untuk bekerja dan suhu dibawah paras beku tidak termasuk dalam range tersebut..zZzZz..

2. Repair CD pakai ubat gigi
Apsal la tak pakai clorox tros cuci CD tuh. Kalau korang gosok CD tu pakai ubat gigi, bleh licin tros tau CD tu..ada cara lain untuk repair CD yang calar tu. Yang penting, bukan pakai ubat gigi ar...

3. Guna software untuk free-up memory (RAM)

memang banyak software untuk free-up RAM skang. Hakikatnya, secara praktikal, penggunaan software mcm ni akan lebih banyak membuang masa korang. Memang betul jumlah memory yang digunakan akan berkurang, tapi bila korang nk start-up semula program2 window, data2 tu akan ditransfer semula kedalam memory sekaligus memakan masa untuk start program tu. Cuba bayangkan kalau tetiba korang hilang ingatan, kan ke susah nak ingat semula nama2 member2 korang...

4. Jumlah antivirus

mitos ni banyak Max dengar masa study dulu. Kalau install 2 antivirus, PC korang akan lagi selamat. Sebenarnya install 2 antivirus akan membawa kepada masalah2 lain lak. Antaranya, PC korang makin berat sebab nk run banyak antivirus, kadang2 antivirus ni gado-gado (conflict) dan ada gak kemungkinan PC korang akan hang/crash. 1 antivirus sebenarnya da cukup untuk menjaga PC korang. Anda tak perlukan 2 Menteri Pertahanan dalam satu negara.

5. Antivirus tak diperlukan kalau takde internet connection

Ni pon mitos gak. Sebab virus tak semestinya masuk melalui internet connection jer. Pendrive, external drive, even handset korang pon leh jadi medium perantaraan.

6. Penggunaan software untuk boost PC performance

Software macam ni pon banyak sekarang, kononnya leh speed up performance PC korang. Pandangan Max sama macam mitos RAM tuh. Kadang-kadang software ni yang akan memudaratkan lagi performance PC korang. Ada gak sesetengah software sekadar memudahkan korang configure setting yang dah sedia ada pada window. Contohnya macam response delay untuk start menu tu, sebenarnya boleh ubah je kat registry. Cara terbaik untuk increase performance PC korang, Max sarankan google pasal "window tweaking" ataupun upgrade je Pc korang tu.

7. Kualiti mp3

Kualiti mp3 dikira berdasarkan bitrate (128kbps, 96 kpbs). Convert mp3 ke bitrate yang lebih besar (64kbps ke 128 kbps) akan meningkatkan kualiti mp3 tersebut. Ini tak benar sama sekali. Sebagai contoh, korang potong tembikai untuk dimuatkan dalam gelas dan buang lebihannya. Pastu korang cuba lak kembalikan kepada bentuknya yang asal. Bleh dapat ke?. Mesti ar takleh. Apabila file mp3 tu dicompress ke bitrate yang lebih rendah, sebahagiannya dibuang. Jadi kalau korang convert semula ke bitrate yang lebih tinggi, yang korang dapat hanyalah file mp3 yang sama kualitinya, dengan SAIZ YANG LEBIH BEsAR.

p/s : teringat kisah Mr Bean nk g berkelah. Potong suar, buang ubat gigi sebab bag kecik. Siap nak potong bear dia lagi. =D.

Tu je kot mitos-mitos yang Max selalu dengar. Nnti kalau ada lain yang Max ingat, Max update post nih.

3 comments:

Cik Norfa said...

haha...ade dgr beberapa mitos ni... tp dulu, aku pernah dengar pasal bateri hp. kalau dah abis bateri, kalau letak dlm peti ais nanti leh cas semula sekejap...at least leh guna utk on la...aku pernah try kot! hehehe

ardinihumaira said...

hehe.. dni asyik risau latop akan meletop :p

Sollehahn Maximus said...

cik norfa : uih...bateri hp pon sumbat kt freezer gak...pasal jemur bateri kering pernah la Max dengar...huhu

ardinihumaira : setakat ni takde lagi kes laptop meletup tak tentu pasal...kalau pc meletup tu pernah ar dengar...tu pun sebab salah overclock...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top