Tips membeli komputer terpakai

Nak beli komputer tapi tak cukup duit?. Pernah terfikir nak beli komputer terpakai?. Generally komputer 2nd hand ni harganya 50% lebih murah berbanding komputer baru dengan spec yang sama. Tapi jangan main beli je. Tengok2 gak komputer tu. Ni Max kongsi beberapa tips untuk beli komputer terpakai nih:


1. Jenama
Perkara pertama korang kene tengok pada komputer terpakai tu adalah "brand"nya. Kalau nak selamat, pilih la brand yang berjenama skit. Eh. Brand ngan jenama sama la ek. Senang cite, pilih la brand yang terkenal dengan kualiti. Sebagai contoh, komputer yang IBM menjadi rebutan untuk kegunaan pejabat kerana kestabilannya.

2. Dokumen & lesen
Pastikan komputer terpakai tu disertakan dengan dokumen & lesen software yang berkaitan. Kalau komputer tu dipakej sekali ngan Window, pastikan korang dapat CD dan dokumen-dokumen yang sepatutnya. Jangan tertipu dengan komputer murah yang sebenarnya barangan panas  (barang curi la tu). Jadi gunakan hak korang sebagai pengguna untuk tengok dulu apa-apa dokumen berkaitan.

3. Test drive
Ade lak test drive untuk komputer. Lol. Dengan kata lain, cuba dulu komputer terpakai yang korang berkenan tu. Kalau komputer tu betul-betul ok, vendor atau penjual tu mesti bagi korang test nyer. Kalau diorang tak bagi test, lupakan je niat korang nak beli komputer tu. Pastikan komputer tu boot-up dengan betul, software ok dan berfungsi dengan baik. Gunakan key "win+pause" untuk tengok spec komputer tu dan pastikan sama dengan spec yang dikatakan oleh vendor.



4. Hardware
Tengok lak semua hardware yang disertakan; motherboard, graphic card, harddisk, ram, power supply, keyboard, mouse. Senang cite, tengok SEMUA sekali hardware yang disertakan. Pastikan takde kecacatan fizikal pada semua hardware tu. Cek CD/DVD drive samada berfungsi dengan baik. Tengok monitor/skrin kalau ada apa2 kesan scratch. Pastikan gak samada bleh tak korang beli hardware yang korang nak je.

5. Kerosakan
Tanya vendor tu kenapa previous user jual komputer tu. Kalau dijual sebab nak tukar komputer baru, takde masalah la. Tapi kalau diorang jual sebab kerosakan pada part2 tertentu, tengok samada part tu dah diperbaiki/diganti atau belum.

6. Support/warranty
Pastikan vendor bersedia memberi servis sekiranya apa-apa berlaku pada komputer tersebut. Tanya berapa lama warranty yang diberikan kalau korang beli komputer tu. Jangan lak nanti vendor tu buat tak tau je kalau komputer tu rosak lepas korang beli.

7. Kesan jangka panjang
Jangan beli komputer yang dah lama. Teknologi yang dah berusia (lebih daripada 5 tahun lepas) akan menyukarkan korang kalau korang berhajat nak upgrade komputer tu nanti. Hardware yang lama gak akan menyukarkan korang servis komputer tu. Jadi, cari komputer terpakai yang masih relevan hardwarenya.

Max harap tips ni dapat bantu korang beli komputer terpakai. Jangan tertipu dengan harga yang sangat murah. Cek betul-betul supaya korang tak tertipu dan menyesal di kemudian hari.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top