Amaran kepada semua pengguna komputer!!

Entri kali ni ditujukan khas kepada semua pengguna komputer. Tak kira la blogger tegar ke, office boy ke, gamers sejati ke. Janji guna komputer. Max nak share sikit beberapa sindrom atau penyakit yang berpunca daripada penggunaan komputer ni.



1. Carpal Tunnel Syndrome
Juga dikenali sebagai "median neuritis", merujuk kepada kesakitan di bahagian tangan dan pergelangan tangan. Berpunca akibat tekanan pada saraf median. Dalam sesetengan kes, sindrom ini boleh menyebabkan pesakit hilang keupayaan untuk melakukan aktiviti ringan seperti memegang pen dan melipat baju.

2. Ganglionic Cyst

Bonjolan pada belakang pergelangan tangan. Diakibatkan oleh pengumpulan cecair pada belakang pergelangan tangan sehingga membentuk bonjolan (ke benjolan?)

3. Sakit bahu, leher, dan belakang badan.
Ni sakit yang paling kerap berlaku. Akibat duduk terlalu lama dengan postur badan yang tidak betul.

4. Computer Vision Syndrome.
Rasa penat pada mata. Penglihatan kabur. Tak dapat membezakan warna buat sementara dan kadang-kadang menyebabkan sakit kepala. Bebola mata kering. Sindrom ini biasanya menyerang untuk sementara waktu dan tidak kekal.

Ni cuma beberapa sindrom yang berpunca dari penggunaan komputer. Ada banyak lagi yang Max tak senaraikan. Kebanyakannya berpunca daripada masalah pada otot dan mata. Walaubagaimanapun, sindrom-sindrom ni boleh dielakkan dengan amalan yang betul ketika menggunakan komputer;

1. Pastikan postur duduk yang betul
2. Jangan menghadap komputer dalam jangkamasa yang lama
3. Pastikan anda berehat dengan berjalan dan menarik nafas setiap 45 minit
4. Elakkan tekanan pada tangan
5. Jangan menggunakan komputer dalam keadaan gelap. Pastikan mata anda mendapat pencahayaan yang sepatutnya.

Diharap para pengguna komputer mendapat info daripada entri ni.

*sumber daripada pakcik google.

p/s : kisah benar; kawan Max mengalami masalah pada tulang belakang akibat kerap menggunakan laptop dengan meniarap diatas katil. Akibatnya, dia mengalami kesakitan pada leher, bahu dan belakang badan. Dia mengambil masa hampir setahun untuk pulih semula.

6 comments:

Cikgu Dahlia said...

tambah lagik...rambut pun cepat gugur kan sb radiasi?

Sollehahn Maximus said...

uih..yaka...tak pernah dengar lak pasal rambut gugur nih...patut la Max punya uncle botak skang...wahaha

.::WaNiE::. said...

selalu sakitkepala

mie said...

wahh!!
patut la selalu lenguh2 ni..
heheheh

Sollehahn Maximus said...

@wanie - hoh..ni mesti slalu blogging dalam gelap nih...ahaha
@mie - uih..ada simptom nih..bahaya2..

Munsyi said...

kalau yg tidur lambat online cmne?hehe. Dpt penyakit ngantuk dlm kelas.=)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top