Windows Seven aka "Tetingkap Tujuh"

Seperti yang dijanjikan, Max nak buat sedikit reviu tentang Window Seven. Tapi Max tak nak buat reviu tentang function-function yang orang lain dah banyak buat. Apa yang Max nak ceritakan, perkara-perkara lain yang mungkin takde orang lain ulas.


Dari segi installation, lebih mesra pengguna berbanding Window XP. Adik Max yang darjah 6 pun boleh install sendiri Window Seven ikut step-step dia.
Siap install, ni hasilnya:



Kemas. Cun. Mantap. Dan lain-lain perkataan yang sewaktu dengannya. Sedap je mata memandang kat desktop Seven ni.
 
Perkara pertama yang menarik perhatian Max, wallpaper boleh diset untuk berubah-ubah mengikut jangkamasa ditetapkan; dari seminit, hinggalah sehari. Baru tak bosan asyik tengok wallpaper sama je pagi petang siang malam.
 
Right klik je kat desktop dan pilih personalize. Kemudian klik pada desktop dan pilih seberapa banyak wallpaper yang korang nak;


Pada Computer, UI nya sama macam Vista, ada bar yang menunjukkan penggunaan harddisk. Warna merah menunjukkan penggunaan partition yang melebihi 90%;


Di sebelah kiri window explorer diletakkan link ke favourite, libraries, computer dan network. Pada libraries, korang boleh setkan folder apa yang nak diisi pada document,music,pictures dan videos.
Klik pada documents, lepas tu location, dan pilih folder. Secara automatik folder-folder tu akan berada dalam kategori documents;


Pada taskbar, korang boleh pilih icon apa yang akan appear, kat bawah tu. Jadi pada Max, tak la semak sangat taskbar tu dengan icon-icon yang tak berkenaan;


Satu function yang Max paling suka pada Seven; cucuk je device dan Seven akan install driver untuk device tu secara automatik. Tak perlu pening-pening kepala lagi korang nak cari DVD/CD driver yang entah kat mana korang letak tu.
Max dah try dengan beberapa device ; beberapa jenis printer dan bluetooth dongle. Semuanya berjaya diinstall tanpa memerlukan driver dari CD. Tapi untuk printer-printer old school, terpaksa la korang carik gak CD driver tu.
Modem broadband pun tak disupport untuk function nih. Tapi Max sangat sukakan function nih. In case printer tiba-tiba rosak, angkat je laptop, cucuk kat printer member. Habis cerita;

Pada window explorer, klik je mana-mana fail dan detail fail tu akan terpapar kat sebelah bawah. Mudah dan kemas;

Icon yang besar gedabak kat taskbar tu jangan korang ingat menyusahkan. Try drag satu fail (guna right klik) pada icon tu. Contohnya, Max drag fail video ke icon Window Media Player.
Satu notification bertulis "Pin to Window Media Player" akan keluar. Lepaskan fail tu kat situ;

Kemudian right klik pada icon tu, link ke video tersebut akan muncul pada window kecik tu. Klik link fail tu dan fail tu akan terus dibuka. Dengan fungsi ni, mudah je korang nak dengar lagu atau layan lagu favourite korang;

Satu lagi UI yang menarik perhatian Max; UI ketika transfer/copy fail. Selain detail timer dan speed sepertimana Vista, pada icon explorer di taskbar memaparkan bar berwarna hijau.
Jadi dengan mudah korang boleh tau status file transfer korang tu tanpa melihat transfer window tu;

Dari segi penggunaan resource, tak dinafikan memang agak tinggi. Pada PC Max, memory yang digunakan constant pada lebih kurang 800Mb daripada 3Gb RAM yang ada.
Penggunaan software macam Photoshop menyebabkan RAM yang digunakan naik sehingga 2Gb. Penggunaan CPU pun meningkat tinggi pada masa-masa tertentu. Tapi resource usage ni tak menjadi masalah sebab PC dan laptop kat market pun sekarang memang direka untuk Seven ni;


Max tau ramai orang kat luar tu masih belum menerima Seven ni. "Tak biasa", "Susah", macam-macam lagi alasan. Tapi satu saranan Max ; "cuba dulu". Maksud "cuba dulu" kat sini bukan bermakna cuba kat laptop member atau cuba setakat 2-3 jam.
Cuba guna Seven ni at least seminggu dan korang pasti taknak bertukar kepada XP semula.Cuba jangan tak cuba!!

4 comments:

Ibu Mifzal said...

sy pun guna window seven utk pc sy..sy suka n seronok...window seven mmg best..hehe

Sollehahn Maximus said...

yup...OS terbaik dari microsoft setakat ni...

Unknown said...

saya dah cuba Win7 nie..mmg besh dari segi performance,interface,graphic and
many more..da best Os of window..

Sollehahn Maximus said...

yup...grafik dan interface menarik dengan penggunaan resource yang terkawal...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top