Guna Google untuk cari duit


Zaman sekarang , ramai orang suka mencari duit dan berniaga secara online. Ramai juga yang dah jadi jutawan melalui perniagaan internet. Banyak jenis perniagaan boleh dijalankan. Anda juga mungkin berminat menjalankan perniagaan sendiri berasaskan internet, tapi takde idea untuk bermula dari mana.


Google Trend ; Utiliti dari Google Inc. boleh membantu anda mendapatkan duit dengan mudah. Pertamanya melalui blog atau website yang anda dah sedia miliki. Dengan Google Trends, anda boleh mendapatkan trend pencarian oleh pengguna internet dan masukkan info berkaitan ke blog/website anda. Sebagai contoh ; carian berkaitan "Erica Blasberg" adalah carian tertinggi pada 25/8/2010;
Apa yang anda perlu lakukan, post sahaja artikel berkaitan "Erica Blasberg"di blog anda. Kemudian submit entri anda di bookmarking site seperti Digg, Delicious dsb. dan dapatkan backlink yang kuat dari laman-laman web tersebut. Dengan cara ini, pasti ada segelintir pengguna-pengguna yang mencari topik berkaitan Erica Blasberg akan datang ke blog anda.

Cara kedua untuk mempergunakan Google Trends adalah dengan cara membuat perbandingan. Contohnya, anda keliru samada untuk menjual tudung atau kasut secara online. Bandingkan saja kedua-dua term ini di Google Trends;
Dengan mudah dapat dilihat, carian tudung adalah lebih tinggi dan ini menunjukkan pengguna lebih berminat membeli tudung berbanding kasut. 

Walaubagaimanapun, Google Trends hanyalah sebahagian dari kaedah mendapatkan trafik ke blog anda. Anda tetap perlu mempraktikkan SEO untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top