SSD : pilihan untuk prestasi maksimum

Solid state drive (SSD) adalah unit storan yang menggunakan microcip, solid state memory untuk menyimpan data. Berbeza dengan hard disk drive (HDD), unit elektromekanikal yang mengandungi  cakera berpusing.

HDD (kiri) dan SDD (kanan)



SDD menjadi pilihan untuk mereka yang mengutamakan prestasi maksimum untuk sistem mereka. Antara kelebihan SDD ni;


  • Masa mula yang lebih cepat
  • "random access" yang pantas (latency lebih rendah)
  • Kesan "File Fragmentation" boleh diabaikan
  • Operasi yang senyap
  • Jimat tenaga (kurang kesan pamanasan)
  • Tiada risiko kerosakan mekanikal
  • Mampu menahan hentakan, getaran dan suhu yang tinggi
  • Immune kepada magnet dan radiasi
  • Saiz kecil dan ringan berbanding HDD
  • Risiko kehilangan data yang kecil
SDD ni sangat sesuai untuk digunakan pada laptop. Ramai pengguna mula beralih kepada SDD kerana  kelebihannya berbanding HDD. Tapi, berbanding dengan HDD, harga SDD ni masih terlalu mahal di pasaran. Jika di Malaysia, SDD dengan saiz 160 GB sahaja berharga lebih kurang RM1600-RM1800 sedangkan HDD dengan saiz yang sama baru berharga RM150. 10 kali ganda beza harganya. Tapi sepertimana perkakasan IT yang lain, harga yang melampau ni akan turun sedikit demi sedikit.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top