Sharing is Caring : Part 2


Dah baca "Sharing is Caring : Part 1"?...Kalau blom, gi baca dulu. Untuk Part 2 ni, Max akan bagitau cara-cara setting jenis sharing yang pertama : FTP Server. Untuk wat FTP Server ni, ada beberapa software yang kita bleh pkai. Tapi Max akan ajar guna software yang paling simple, saiz kecik, paling popular dan yang penting, free dan  xde malware (untuk pengetahuan korang, ramai developer software2 free ni akan sertakan “bonus” dalam program diorang untuk tujuan-tujuan yang kurang baik).
Software yang akan kita guna ialah “FileZilla Server”. Korang bleh download latest version kat sini. 

Sharing is Caring : Part 1

Berapa ramai antara korang yang pandai wat "LAN Sharing?". Kalau korang student U, kompem korang pernah dengar sharing-sharing nih. Masa Max blaja kt UMP dlu, benda nih memang popular sangat. Dan Max jugak salah sorang tukang share yang aktif. Seronok buat sharing nih. Dapat rmai member. Max ingat lagi kalau kat UMP, yang paling top dulu Rionix. Time bosan, carik je kt sharing2 nih. Sedut la segala macam movie, lagu, vids2 mengarut dll. Sebut je nk cite apa, kompem jumpa.
Untuk memastikan budaya sharing kat U ni tak lupus ditelan zaman (cewah!), Max akan wat tutorial pasal cemana nk wat sharing nih. Max akan wat dalam beberapa part sebab banyak jenis sharing yang boleh dibuat.
Untuk Part 1 nih, mukaddimah pon da panjang berjela, so Max akan teruskan dengan sedikit intro pasal sharing.Basically, sape2 pon yang ada PC@laptop yang connect ngan mana-mana network bleh wat sharing. Tp for security reason, Max hanya suggest wat sharing macam yang Max ajar nih kat network LAN (Local Area Network) sahaja. Tak tau LAN tu apa?. Senang cite, kalau korang baca blog Max ni guna internet free yang dibekalkan oleh Universiti/Kolej/Sekolah korang, maknanya korang berada dalam LAN. PC kat office-office pon biasanya dalam network serupa. Tapi jgn pulak korang wat sharing nih kt PC office korang yek. Tak pasal-pasal sume orang layan muvi je tak wat keje kang (Max tak nak bertanggungjawab kalau korang kene marah ngan bos korang sekiranya perkara-perkara tersebut berlaku... =D).
Ni plak list beberapa jenis sharing yang korang bleh buat.
  • FTP Sharing : FTP bermaksud "File Transfer Process". Ni yang paling basic skali, hanya untuk "transfer" sahaja. Just ada list file tanpa support untuk view yang lawa2 pada page sharing. Hanya klik file untuk download. Contoh ftp sharing macam kt gambar ni.
  • Basic HTML Sharing : Yang ni lebih kurang je macam FTP. Cuma bezanya, browser korang nampak lebih ceria sebab ade warna-warni. Contohnya mcm nih:


  • HTML/PHP : Ni yang paling gempak sekali. Korang punya sharing sebijik macam live website. Contoh yang pernah Max wat mcm nih:

Tu je 3 jenis sharing yang akan Max terangkan dalam siri "Sharing is Caring" nih.


Camana pulak nak akses ke sharing korang?. 1st skali, korang kene tau IP Address korang dalam sesuatu network LAN. Caranya, memula gi Start>Run. Pastu taip "CMD", nnti akan kuar satu window. Kat window tu, taip "ipconfig" , macam nih:
Nnti dia akan listkan ip korang. Tengok bawah ni. Yang Max tandakan kaler merah tu IP address Max la (Max tutup sikit IP tu utk security reason..=D). Untuk LAN, IP dia sepatutnya yg kat atas tu ; "Ethernet adapter Local Area Connection". Dia tulis disconnected sebab Max tak connect ngan LAN skang.

IP Address ni biasanya takkan bertukar walaupun korang format PC korang, kecuali dalam situasi-situasi tertentu. Untuk akses ke sharing korang, g bukak browser (Firefox, Chrome, IE dll) pastu taip "http://123.456.789.012". ("123.456.789.012" tu contoh je. Gantikan ngan IP Address korang sendiri yerk). Ataupun kalau korang nk akses sharing dalam PC korang sendiri, gunakan IP "127.0.0.1" atau "localhost". Kedua-dua alamat tersebut akan sentiasa point ke PC korang sendiri. Eh!..korang da try kt browser korang ke?..Ish2..tak sabar tol korang nih. Klu korang try, mesti dapat cmni kan?:


Kenapa tak dapat?. Memang la tak dapat. Sebab Max belum ajar macamana nk setting sharing korang. Nak tau camana nk setting?. Tunggu...Max da penat menaip nih. Max akan masuk bab setting2 ni esok lusa plak dalam "Sharing is Caring : Part 2".

Tips bawa PC dengan kenderaan

2-3 minggu nih Max asek dapat beberapa pelanggan yang mengalami masalah yang serupa. PC takleh "on" pas bawa balik dari kedai dll. Sebenarnya puncanya sama ; cara bawa/letak CPU tu kt dlm keta x betul. CPU ni sensitif. Korang xleh ar suka-suka je nk angkut dia camana. So kat sini Max nak kongsi sikit tips untuk angkutCPU tu gi mana-mana.
  • Gunakan kotak 
    • Ni yang paling basic skali. Kalau korang ada simpan lagi kotak CPU masa mula-mula korang beli dulu, guna la kotak tuh. Kalau xde kotak tuh, carik je kotak apa-apa, balut elok-elok dlm tuh.
    • Sebabnya? ; untuk reduce hentakan masa CPU tuh dok dlm keta korang. Mana tau tah lobang apa korang langgar kt tengah jalan tuh, xde la teruk sgt CPU tuh terhentak
  • Jangan letak dalam bonet keta
    • Yang ni pon slalu gak orang buat nih. Klu korang letak CPU tu dalam bonet; mana la korang nk nmpak kalau apa-apa jadi kt dia masa korang drive. Lagipun klu CPU dok dlm bonet, lagi teruk la dia terhentak kt blakang tuh. So, letak la CPU tuhkt seat depan, siap pakaikan seatbelt tros..kompem selamat. (gelak gelak gak..tp ni btol-btol nih)
  • Jangan biarkan keta kt tengah panas
    • Klu korang nk parking tuh..carik la tempat-tempat redup skit. Jangan biar tengah panas. Suhu yang panas boleh menyebabkan komponen-komponen dalam CPU tu rosak.
  • Jangan langgar benda yang bukan-bukan
    • Ada orang kalau bawak keta, macam bawak 4WD. Da tau jalan lobang-lobang, dia main hentam jer. Klu korang angkut CPU, jgn la wat gitu. Jangan langgar benda yang bukan-bukan (bump, lubang, pokok, divider jalan, pontianak kt tengah jalan dsb) untuk mengelakkan CPU kt dalam keta korang tu terhentak.
    • Untuk pengetahuan korang, komponen dlm CPU ni mudah tercabut. RAM, PCI card, kabel dll. senang je tanggal kalau terhentak. Kalau tak tanggal pon, mungkin jadik longgar. Tu yang kadan-kadang bila sampai je rumah, tros takleh on.
  • Tak payah angkut gi mana-mana
    • Ni penyelesaian yang paling baik. Biar je PC korang tuh dok kt umah. Selamat. Kalau rosak, repair la sendiri, jimat kos. Kalau tak reti repair, Max kan ade =D.
Related Posts with Thumbnails
top