Komponen asas PC

Untuk artikel pertama dalam blog ini, saya memilih untuk membincangkan perkara asas dalam bidang IT iaitu komponen-komponen PC.

Sesebuah PC atau komputer peribadi (Personal Computer) terdiri daripada beberapa komponen asas. Komponen-komponen ini dikelaskan kepada 3 bahagian utama iaitu input, pemproses, dan output.

Antara komponen input komputer adalam tetikus(mouse) dan papan kekunci(keyboard). Komponen input digunakan untuk memberi sesuatu arahan kepada komputer untuk melakukan sesuatu kerja. Komponen lain yang juga tergolong dalam tugas ini adalah joystick, light pen, mikrofon dan skrin sentuh.

Komponen pemproses pada komputer pula adalah CPU, Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit) yang berfungsi memproses segala arahan yang diterima daripada input dan memberi respon dalam bentuk output. CPU ini sendiri terdiri daripada komponen-komponen tersendiri. Maklumat lanjut mengenai CPU akan saya bincangkan dalam artikel lain kemudian.

Monitor dan speaker pula termasuk dalam komponen output sesebuah PC. maklumat yang telah diproses oleh CPU adalah dalam bentuk yang tidak dapat diterjemah oleh pengguna. Komponen output ini berfungsi untuk memberi menukar isyarat dari CPU kepada bentuk yang dapat diterima pengguna iaitu visual dan audio. Output juga boleh wujud dalam bentuk pergerakan, sepertimana respon getaran pada sesetengah joystick.

Secara ringkasnya,

Pengguna -> Input -> CPU -> Output -> Pengguna

Ketiga-tiga bahagian komponen ini merupakan pelengkap antara satu sama lain dan menjadi asas pembinaan sesuatu PC.
Selamat Datang ke Maximus IT Centre. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi ilmu-ilmu IT dengan anda. Diharap segala maklumat yang bakal dikongsikan akan dapat menjadi panduan kepada anda.
Related Posts with Thumbnails
top