Showing posts with label IT review. Show all posts
Showing posts with label IT review. Show all posts

Guna Google untuk cari duit


Zaman sekarang , ramai orang suka mencari duit dan berniaga secara online. Ramai juga yang dah jadi jutawan melalui perniagaan internet. Banyak jenis perniagaan boleh dijalankan. Anda juga mungkin berminat menjalankan perniagaan sendiri berasaskan internet, tapi takde idea untuk bermula dari mana.

Antaramuka baru Google image search

Pagi ni Max perasan Google menukar antaramuka (interface) untuk servis image searchnya. Antaramuka baru ni nampak sangat kemas dan teratur;


Kesemua hasil carian dipaparkan dalam satu halaman, dipisahkan mengikut "page";


Bila hover je pada mana-mana gambar, gambar tu akan dibesarkan dan maklumat berkaitan dipaparkan dibawah gambar.

Bila klik hasil carian, kita dibawa ke halaman baru, dan dipaparkan gambar tersebut. Laman web asal gambar tu dipapar pada background dan di sebelah kanan halaman dipaparkan link ke laman web tersebut;


Antaramuka baru ni memang smart. Max menyambut baik tindakan Google memperbaiki servisnya, tapi mungkin akan menjadi beban kepada pengguna broadband yang menghadapi masalah kelajuan internet. Komen anda bagaimana?

Windows Seven aka "Tetingkap Tujuh"

Seperti yang dijanjikan, Max nak buat sedikit reviu tentang Window Seven. Tapi Max tak nak buat reviu tentang function-function yang orang lain dah banyak buat. Apa yang Max nak ceritakan, perkara-perkara lain yang mungkin takde orang lain ulas.

Blog sape selaju keta ferrari??

Selaju mana loading time blog korang? Macam kereta lumba F1? ke selembab siput sedut belakang rumah korang? Widget mana yang yang lambat loading? Pernah ke korang ukur kelajuan blog korang? Boleh ukur ke? Huh. Banyak tanya lak Max ni kan?. Sejak dua menjak ni Max banyak bercerita pasal tools untuk blogging. Untuk entri kali ni pun Max akan kenalkan 2 tools bagi pengguna Firefox.
Pertamanya, extension page speed. Entension ni membolehkan korang ukur kelajuan blog korang dan ketahui kandungan mana kat blog korang tu yang lambat loading. Tapi, untuk gunakan pagespeed ni, korang kene ada satu lagi tools yang tak kurang hebat ; Firebug. Firebug ni banyak digunakan oleh web developer. Kelebihannya, korang boleh tengok disebalik blog korang, dalam bentuk coding, dan korang boleh tau, coding mana yang membentuk setiap bahagian blog tu.

Blog korang dimata search engine


Pernah terfikir ke macamana search engine macam google "tengok" blog korang?. Pernah tau search term apa yang bawak trafik dari search engine ke blog korang?. Entri kali ni ada kaitan dengan entri Max sebelum ni (Wajah sebenar google.com - entri yang Max tak sangka2 menarik banyak trafik, =D) . Max nak kenalkan korang dengan satu lagi features hebat yang ditawarkan google; Google Webmaster Tools.Dengan tools ni, korang boleh tau apa yang search engine, atau lebih tepat lagi, google tengok kat blog korang.

Wajah sebenar sang Google.com

Mesti korang ingat google ni jahat kan bila korang baca title entri Max nih?. Haha. Jangan tertipu. Google memang terkenal sebagai search engine paling popular kat muka bumi ni, tapi korang tau tak function-function lain yang google tawarkan?. Baca je lah list yang Max buat ni, dan jangan lupa try function-function yang google sediakan nih. Btw, tak semua function google yang Max listkan kat sini. Banyak sangat ah nak letak:

Window vs Linux

Salam...lama tak update blog nih lepas first post tu...huhu..a bit busy...

ok kali ni saya nak review pasal window..dan linux...mungkin ramai antara anda tak tahu apa tu linux..sebab di Malaysia ni...pengguna-pengguna lebih terdedah dengan window..

sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut..saya rasa ada baiknya saya terangkan serba sedikit mengenai apa sebenarnya window dan linux..window dan linux sebenarnya adalah OS (Operating System) yang merupakan nadi kepada sesebuah komputer/laptop..sesebuah komputer yang lengkap dari segi hardwarenya tak akan dapat berfungsi tanpa adanya OS ini..antara OS yang popular adalah window, linux dan mac...setiap OS ini pula terdapat versi-versi berbeza..contohnya Window XP, Window 98 dan Window Vista adalah variasi window...linux pula mempunyai Ubuntu, Kubuntu dan Mint. setiap OS ini menjalankan fungsi yang sama ; menghubungkan pengguna dengan komputer, tetapi melalui pendekatan berbeza.

Di Malaysia, boleh dikatakan hampir 90% pengguna memilih window. antara sebabnya adalah mereka memang mengenali window adalah sebahagian daripada komputer. mereka hanya menggunakan apa yang tersedia dihadapan mata mereka. tidak dapat dinafikan, memang window mempunyai kelebihan berbanding linux. window mempunyai user-interface yang lebih difahami.

Bagi mereka yang pernah mencuba linux, pasti anda tahu kelebihannya. Linux secara kasarnya berfungsi dengan penggunaan memori dan pemprosesan yang lebih optimum. tidak seperti window, linux tidak memerlukan anti-virus kerana sistem linux itu sendiri adalah kebal daripada virus. satu lagi kelebihan utama linux berbanding window adalah, linux boleh didapati secara percuma. Ini kerana linux dibangunkan secara open-source, iaitu dibangunkan oleh orang ramai secara sukarela. senang cerita, linux ini dibangunkan oleh pengguna, untuk pengguna.

Jika ada antara anda berminat untuk mencuba linux ini, saya sarankan anda mencuba samada Linux Mint, Ubuntu, atau Kubuntu. ketiga-tiga OS ini adalah antara versi linux yang mempunyai user-interface yang paling mesra pengguna. Anda tidak perlu membuang window yang sedia ada pada PC anda. Linux boleh dipasang secara dual-boot dengan window. saya sendiri menggunakan Linux Mint, dual boot dengan Window XP. Untuk mengetahui mengenai linux dengan lebih lanjut, cuba layari laman web berikut:

Ubuntu - http://www.ubuntu.com/
Kubuntu - http://www.kubuntu.org/
Mint - http://www.linuxmint.com/

Linux boleh didownload secara percuma di ketiga-tiga laman web tersebut. Selamat mencuba..><
Related Posts with Thumbnails
top