Showing posts with label Window Tips. Show all posts
Showing posts with label Window Tips. Show all posts

cyclic redundancy

Mungkin ada yang pernah dengar atau alami sendiri "Cyclic Redundary Check" error nih. Masalah ni selalu berlaku pada CD, DVD, atau VCD. Ada juga berlaku pada harddisk. Error ni terjadi disebabkan masalah pada reader (CD, DVD drive) yang gagal membaca kandungan disk tersebut. Puncanya,

Melukis dengan notepad...?!

Huh??..Boleh ker?. Mungkin ada yang tertanya-tanya macam tu. Sebelum cakap panjang-panjang lagi tengok dulu contoh kat sini : (err, Max alert awal-awal, yang ni 18sx, so, not safework ok.=P )

Haa.mesti teruja kan (I mean, the artwork, bukan teruja sebab gambar2 panas tu ok. rofl). Mesti korang fikir diorang ni takde kerja lain buat artwork-artwork macam ni kan?. Tapi ni memang jadi hobi sesetengah orang untuk melukis dengan notepad (atau lain-lain software yang sewaktu dengannya). Artwork macam ni dikenali sebagai "ASCII drawing".ASCII tu maknanya American Standard Code for Information Interchange.


Berminat buat macamni?. Korang cuma perlukan notepad, kreativiti dan font yang seragam (maknanya saiz font seragam bagi setiap huruf) macam Courier. Korang boleh lukis macam-macam.


Contohnya macam gambar ni (bukan Max buat, kredit to Joan Stark) :

Eh?. Apsal ni??..alamak!!..tolooong!...

 Di suatu malam yang sunyi sepi, sedang korang asyik berblogwalking dan meninggalkan jejak di shoutbox di sana sini, tetiba komputer korang restart dengan sendirinya. Apa dah jadi??..Hantu komputer mana lak kacau tengah-tengah malam nih???..Macamana nih???..

Pernah ke korang rasa situasi macam tuh?. Komputer restart tanpa sebab yang pasti.Bagi korang yang arif bab-bab IT ni mungkin tahu la nak handle macamana. Yang lain-lain tuh?. Apa tindakan korang kalau kene camni?.

Ok Max nk bgtau skit cara-cara nk tau ape problem komputer korang tu sampaikan dia selamba jer restart sendiri. Biasanya problem macam ni puncanya daripada OS korang..Window la tuh..Window akan automatic restart kalau crash. Ok gak dia window ni restart sendiri. Kalau Mac crash, dia buat bodo je...hang.

Macamana lak nak tau problem komputer korang?. Follow je step nih:

Mitos dunia IT...

Jangan tak percaya..dunia IT yang serba moden pon ada mitosnya...Entah dari mana Max dapat idea nk tulis pasal mitos-mitos nih...tetiba jer terfikir sebab banyak sangat dengar cerita-cerita mengarut pasal dunia IT ni...kebanyakan mitos-mitos ni Max dengar dari customer2 yang bertanya kebenarannya...ada gak yang dapat dari member2..

1. Letak Harddisk dalam freezer

Ni yang paling mengarut Max pernah dengar. Kalau harddisk rosak, letak dalam freezer, pastu leh pakai semula harddisk tu untuk sementara. Ade ke orang wat gini?..ish2..mengarut tol...HD memerlukan range temperature tertentu untuk bekerja dan suhu dibawah paras beku tidak termasuk dalam range tersebut..zZzZz..

2. Repair CD pakai ubat gigi
Apsal la tak pakai clorox tros cuci CD tuh. Kalau korang gosok CD tu pakai ubat gigi, bleh licin tros tau CD tu..ada cara lain untuk repair CD yang calar tu. Yang penting, bukan pakai ubat gigi ar...

3. Guna software untuk free-up memory (RAM)

memang banyak software untuk free-up RAM skang. Hakikatnya, secara praktikal, penggunaan software mcm ni akan lebih banyak membuang masa korang. Memang betul jumlah memory yang digunakan akan berkurang, tapi bila korang nk start-up semula program2 window, data2 tu akan ditransfer semula kedalam memory sekaligus memakan masa untuk start program tu. Cuba bayangkan kalau tetiba korang hilang ingatan, kan ke susah nak ingat semula nama2 member2 korang...

4. Jumlah antivirus

mitos ni banyak Max dengar masa study dulu. Kalau install 2 antivirus, PC korang akan lagi selamat. Sebenarnya install 2 antivirus akan membawa kepada masalah2 lain lak. Antaranya, PC korang makin berat sebab nk run banyak antivirus, kadang2 antivirus ni gado-gado (conflict) dan ada gak kemungkinan PC korang akan hang/crash. 1 antivirus sebenarnya da cukup untuk menjaga PC korang. Anda tak perlukan 2 Menteri Pertahanan dalam satu negara.

5. Antivirus tak diperlukan kalau takde internet connection

Ni pon mitos gak. Sebab virus tak semestinya masuk melalui internet connection jer. Pendrive, external drive, even handset korang pon leh jadi medium perantaraan.

6. Penggunaan software untuk boost PC performance

Software macam ni pon banyak sekarang, kononnya leh speed up performance PC korang. Pandangan Max sama macam mitos RAM tuh. Kadang-kadang software ni yang akan memudaratkan lagi performance PC korang. Ada gak sesetengah software sekadar memudahkan korang configure setting yang dah sedia ada pada window. Contohnya macam response delay untuk start menu tu, sebenarnya boleh ubah je kat registry. Cara terbaik untuk increase performance PC korang, Max sarankan google pasal "window tweaking" ataupun upgrade je Pc korang tu.

7. Kualiti mp3

Kualiti mp3 dikira berdasarkan bitrate (128kbps, 96 kpbs). Convert mp3 ke bitrate yang lebih besar (64kbps ke 128 kbps) akan meningkatkan kualiti mp3 tersebut. Ini tak benar sama sekali. Sebagai contoh, korang potong tembikai untuk dimuatkan dalam gelas dan buang lebihannya. Pastu korang cuba lak kembalikan kepada bentuknya yang asal. Bleh dapat ke?. Mesti ar takleh. Apabila file mp3 tu dicompress ke bitrate yang lebih rendah, sebahagiannya dibuang. Jadi kalau korang convert semula ke bitrate yang lebih tinggi, yang korang dapat hanyalah file mp3 yang sama kualitinya, dengan SAIZ YANG LEBIH BEsAR.

p/s : teringat kisah Mr Bean nk g berkelah. Potong suar, buang ubat gigi sebab bag kecik. Siap nak potong bear dia lagi. =D.

Tu je kot mitos-mitos yang Max selalu dengar. Nnti kalau ada lain yang Max ingat, Max update post nih.

PERCUMA!

Kali ni Max nak senaraikan perisian-perisian yang korang perlu ada, sebab semuanya PERCUMA!;

1. Mozilla Forefox : Ni mesti korang da ada kan?. Firefox ni adalah browser yang paling dikenali di dunia ni. Tak dinafikan, dari segi kelajuan, Google Chrome sedikit dihadapan. Tapi Chrome masih tak dapat kalahkan Firefox dari segi sokongan script, extension yang berbagai dan juga kestabilan.

2. Foxit Reader : Selalu guna Adobe Reader?. Mesti korang menyampah ngan loading time dia yang lama gila kan?. Ni alternatif untuk korang. Foxit Reader ni boleh buka file pdf dengan kelajuan yang sangat memuaskan. Dari segi function, semuanya hampir sama je. Cuba jangan tak cuba.

3. Primo PDF : Ni tools untuk pdf gak. Tapi untuk convert file korang ke format pdf. Berfungsi dengan cara printing document. Apa-apa pon file yang boleh di print, korang leh convert ke format pdf dengan software ni.

4. Autorun Eater : Ni salah satu software yang boleh menghalang virus/malware bersarang kat PC korang. Software ni akan block segala jenis autorun yang berbahaya daripada mengaktifkan virus yang mungkin berada kt pendrive atau apa-apa external drive.

5. Avast : Antivirus. Cool. Enough said.
p/s: korang still kena dapatkan serial free dari laman Avast. Serial tu boleh digunakan selama setahun.

6. Notepad++ : Ni software paling cool untuk korang yang selalu bermain-main ngan coding. Software berfungsi untuk highlight code. Support berbagai jenis coding ; php, html, ini, c++, css, javascript, python dll.

7. Yahoo! Widget : Berfungsi dengan cara yang sama macam widget kat Window Vista. Tapi dengan Yahoo! Widget ni, korang leh dapatkan berbagai jenis widget ; dari system monitoring hinggalah weather monitoring. Korang gak leh wat widget sendiri. Senang jer!. =D

8. Media Player Classic : Yang ni pon, Max pasti korang pernah dengar/pakai. Cool player. Biasanya packed sekali ngan codec macam K-Lite Codec Pack.

9. Any Video Converter : Dengan software ni, korang leh convert macam-macam jenis video. Bagi yang dah baca Siri Sharing is Caring yang Max buat sebelum ni, software ni berguna untuk buat video streaming kat site korang.

10. Switch : Yang ni lak, untuk convert audio file. Convert ke format wav, mp3, aac dll. Bleh gak digunakan untuk kecikkan saiz file. So, dapatkan software ni kalau nak simpan mp3 berlambak-lambak kat henfon korang.

Tu je 10 software free yang Max nak kongsikan. Ada lagi software-software free yang Max tak sertakan, tapi semuanya untuk kegunaan developer/designer je. Software yang ada ni, try ler dulu. Chow!
5 hari lepas mouse Max tiba2 tak gerak. bateri habis. tengah2 malam lak tuh, mana de kedai bukak kalau nk beli bateri pon. kebetulan lak banyak keje nak disiapkan. terpaksa la Max menggodek-godek window guna keyboard jer.
mungkin ada antara korang yang pernah ada pengalaman camni. Mouse rosak tiba2. So kali ni Max nak kongsi ngan korang pasal keyboard shortcut, untuk akses window guna keyboard. Tak semestinya masa mouse rosak je. shortcut ni korang leh guna bila2 masa. lagipun, penggunaan shortcut ni sedikit sebanyak akan memudah dan mempercepatkan keje korang;

ctrl+alt+del : yang ni Max rasa sume org tau; untuk bring up task manager
f1 : help
f2 : rename file
f3 : search/find
f4 : address bar (kat explorer)
f5 : refresh (leh gak guna kat browser utk reload page)
f6 : untuk pilih item kat window, folder task, folder menu dll. tekan banyak kali untuk pilih (sama function macam TAB)
f10 : menu (bar kt atas tu ; file, edit, view, dll)
f11 : fullscreen
alt + tab : untuk select window len

"win" adalah button yang ada gambar window kt keyboard korang

win + e : explore (my computer)
win + r : run
win + u : utility manager
win + d : show desktop (minimize sume window korang, berguna gak masa korang men game ; untuk minize game tu)
win + f : search
win + l : logoff (welcome screen)
win + m : minimize window

yang ni korang leh guna kat banyak software, especially microsoft office
ctrl + c : copy
ctrl + v : paste
ctrl + x : cut
ctrl + z : undo
ctrl + y : redo
ctrl + a : select all
ctrl + s : save
ctrl + f : find
ctrl + p : print
ctrl + n : new

korang gak bleh guna button "alt" kt mana2 software untuk select menu dan tekan huruf yang ada underline kat menu tu untuk select. Contoh kalau kat notepad ; alt> f > n akan buat file notepad baru.
yang lain2 tu korang leh explore sendiri kat software. Max suka guna shortcut ni sebab mudah dan pantas. Contoh kalau kat lappy/pc yang lambat respon untuk rename file guna cara biasa akan makan masa (menu lambat kuar masa right klik sebab respon lambat). tapi kalau guna shorcut, tekan f2 je dan korang leh terus rename file tuh.
Satu lagi contoh macam "Media Player Classic" ; tekan "alt + enter" untuk fullscreen, dan "space" untuk pause/play adalah lebih mudah berbanding guna mouse (terutamanya bagi korang yang suka tgok muvi kat pc sambil makan.. =D)
Bagi keyboard yang ada hot button, korang leh configure untuk buat shortcut software favourite korang. Contohnya, Max customize keyboard untuk control Winamp. So Max tak perlu buka window winamp tu utk g ke next/prev song atau play/pause. nice and easy..
So, gud luck playing with the keyboard.

p/s : lol at the post title...=D

Tips penjagaan PC (utk Window)

Kali ni Max nk bercerita skit ttg tips2 penjagaan Window PC. Sebelum tu Max nk tanya..bila last time korg format PC korang?..eh?..x tau format tuh apa?...haha...takpe2..teruskan membaca...

Korang mungkin perasan performance PC yang da setahun korang beli da x sama mcm masa muma-mula korang beli dulu..so kat sini Max kongsi skit beberapa tips utk tingkatkan semula performance PC korang...mmg tak akan sama dengan yg baru..tp percayalah..klu korang ikut tips2 nih...korang tak perlu lagi nk tukar PC sebab PC lama korang tu da lembab mcm siput..haha..

1. Defragmenting

apebende defrag nih?..haa..defragmenting ni salah satu cara penjagaan harddisk korang..fail-fail yang ada kt PC korang tuh mungkin berterabur dalam harddisk..cuba bayangkan..korang ada satu rak khas utk simpan paper..satu hari korang nk carik balik paper yg bertarikh sethun yg lepas..carik punya carik..rupanya paper tuh da berterabur kt rak tuh..page depan kt atas..yg tengah da selit2 kt bawah2...mesti lama korang nk carik balik keseluruhan paper tuh kan?...tp kalau paper tuh tersusun elok je?...sekali zap je da dapt paper yg sempurna..mcm masa korg beli paper tu sethun lepas...cmtu jugak mcm fail korang dlm harddisk..

cukup pasal contoh paper tuh...mana nk cari defragmenter nih?..gi kt Start>All Programs>Accesories>System Tools>Disk Defragmenter...bila korang bukak program tuh..korang akan nmpk lebih kurang mcm nih



ikut ah partition korg ada bape byk...klu tgok Max punya tuh..8 partition...maka 8 la yg kuar kt situ...tgok yg merah2 tuh..tu la fail2 yang berterabur..yg biru tu fail2 yang tersusun...cmne nk defrag plak?...aaa..klik je mana2 partiton..pstu klik button defragment bwh tuh...nnti pandai la dia buat keje...klu korang mmg tak pernah defrag harddisk korang tuh...mmg merah je la sume...lama la korang tggu dia nk siap defrag..so rajin-rajin la defrag harddisk tuh...sekurang-kurangnya 2 mggu sekali..dan pastikan korang defrag semua partition yg ada..jgn satu je korg defrag...

note1 : selain program default yg ada sekali ngan Window nih..ade gak third party software utk defragmenting nih..dan biasanya third party software nih defrag lagi advance...korg boleh google sendiri utk software2 nih..malas lak Max nk list satu2..huhu..
note : utk pengetahuan..klu korg pkai Linux..korg xyah risau pasal defrag2 nih sbb linux mmg xde problem pasal fragmented file...

2. Recent Document

Klu korang tengok kt Start>Recent...kt situ akan list semua fail-fail yang korang baru bukak....mmg la dlm tuh cuma ada shortcut yg bersaiz x smpi 1kb...tp kadang-kadang..smpi beribu-ribu list yg ada dlm folder recent nih....ade org simpan benda2 nih smpi 10-20mb...lol...fail2 nih klu simpan..memenuhkan harddisk je...tu pasal la berat je PC tuh...so rajin2 la delete..caranya..korang tekan Window+R...nnti kuar satu window kecik..dlm tu korang taip "recent"...nnti kuar 1 folder..select je sume fail (nk senang..tekan je Ctrl+A) pastu tekan delete..siap!..jgn takut nk delete..file2 tuh sume shortcut je..fail2 asal korang masih ada tersimpan...yg nih tak kish la korg nk buat seberapa kerap..klu malas sgt..buat je mcm Max..setting Window supaya jgn gatal2 simpan shortcut2 nih....yg nih malas lak Max nk cerita pasal setting2 nih..leceh skit..tp klu korg nk tau..jgn malu2 mail Max cmna nk buat..

3. Service

Ni satu lagi...korg tekan Window+R...pstu tapi services.msc...nnti kuar satu window...mcm nih



aa..ni sume senarai window punya service yg akan start sendiri masa korg on PC korang...utk meningkatkan performance PC..double klik je mana2 service yang tak diperlukan..pastu kt "startup type" tu disable je..so takde la berat PC korang nk start byk2 service masa on tuh..mcmana lak nk tau service mana yg x perlu...aaa..ni Max list service2 yg biasanya tak diperlukan:

* Help and Support - klu korang still nk guna Window punya Help function..jgn disable..buat manual start-up je...so dia cuma start masa korg nk pkai je
* IMAPI CD Burning-COM Service - baik pkai third party je
*Shell Hardware Detection -  ni function autorun..service ni la yg kadang2 bawak masuk virus/trojan dr pendrive korang yg dh sakit..
*Messenger
*Print Spooler -  disable klu korg x pkai printer

Yg lain2 tuh..korang leh try n error sndiri samada diperlukan@x

K...setakat ni je la yg Max mmpu kongsikan..ada lagi beberapa cara utk naikkn performance PC..registry, start-up service dan beberapa perkara lain..tp yg tu advance teknik yg Max rasa kurang sesuai nk letak kt sini..nnti la Max letak kt post lain yg lebih sesuai...Selamat mencuba!
Related Posts with Thumbnails
top