Sharing is Caring : Part 5

Ok Max malas nk intro banyak-banyak. Kita teruskan "Sharing is Caring : Part 5". Part kali ni directly bersambung dengan "Sharing is Caring : Part 4", iaitu pasal Abyss webserver.

Skang ni Max akan tunjukkan macamana nak letak page untuk sharing site korang. Memula sekali korang kena ada html template. Google je "free html template" dan korang akan jumpa banyak template on the net. Donwload je mana korang nak. Untuk contoh,Max download template kat sini;



Extract je file yang korang download tu dan korang akan dapat beberapa file. Salah satu daripadanya ada index.html. Mungkin ada gak file-file lain ; image folder, style.css dll. Korang g kat tempat korang install Abyss, cari folder "htdocs";




Letak SEMUA file yang korang extract tadi kat dalam folder "htdocs" nih;



Pastu korang try la browse page korang kat http://127.0.0.1:8080/ (kalau korang pakai port lain masa install abyss, tukar port 8080 tu. Rujuk kepada "Sharing is Caring : Part 4"). Kat situ korang akan nampak html template yang korang download tu. Contoh template yang Max guna macam ni;


Apa yang korang nampak tak semestinya sama dengan Max punya page ni. Depend kat template yang korang pakai. Dan page tu perlukan sedikit ubahsuai sebelum korang boleh start sharing.

Pertama sekali, korang kene buat folder kat dalam folder "htdocs" tu. Namakan je sebagai "shared", dan letakkan apa-apa yang korang nak share kat dalam folder ni. Pastu korang carik file "index.html" kat dalam folder "htdocs" tu. Right klik dan bukak file tu pakai notepad. Korang akan dapat page yang penuh ngan coding camni;


Pakai notepad ni memang senang nak edit, tapi kalau nak lagi senang, Max suggest guna Notepad++ yang korang boleh download kat sini;




Max takkan sentuh pasal notepad++ ni kat sini. Kalau ada masa nanti Max akan buat tutorial khas.

K, kalau korang guna notepad++ ni untuk edit file index.html tadi, korang akan dapat macam ni;



Skang korang kene letak link untuk download kat page index.html ni. Coding html ni pon Max takkan cite kat sini. Korang boleh carik tutorial html kat google.

Tengok kat file yang korang yang nak share tu dan copy nama file tuh. Sebagai contoh, Max letak file "Video.mpg" kat folder shared. Kat file index.html yang korang edit tuh, taip macam ni;

  < a href = "/shared/Video.mpg" title="Video" > Download< / a >



  • "Video.mpg" adalah nama file yang korang nak share, 
  • "Video" tu perkataan yang akan kuar kalau hover kat link, dan 
  • "Download" lak text yang pelawat korang akan nampak kat page korang.
Siap taip tu, save file index.html tu dan try bukak semula sharing page korang. Macam template yang Max pakai akan dapat macam ni;


Kalau korang perasan ada link "download" kat situ. Kalau korang klik link tu, automatik browser korang akan download file "Video.mpg" yang ada kat folder shared tadi.

Untuk setiap file yang korang nak share, korang kene setting link kat index.html tu. Memang leceh ar, tapi berbaloi sebab korang leh design template tu ikut sukati korang.

Basic tutorial untuk Abyss tu sampai sini je. Untuk pengetahuan korang, selain Abyss, korang gak bleh pakai "Apache". Tapi setting dia memang sangat susah kecuali korang faham coding dia. Tapi "Apache" ni sangat popular, so ramai developer compile bersama-sama ngan Perl, PHP, dan MySQL atau lebih dikenali sebagai "WAMP" dan sekaligus memudahkan penggunaan Apache tu sendiri .

"WAMP" ni bermaksud ; Window, Apache, MySQL, PHP. Versi untuk Linux dipanggil "LAMP". Compiled programs ni da siap setting, korang cuma perlu install je. Kalau korang berminat, Max suggest guna "XAMPP" yang korang leh download kat sini;


Selain html, korang bleh gak hosting guna PHP file yang lebih banyak function. Max akan ajar untuk setting Abyss guna PHP file ni dalam Part seterusnya, "Sharing is Caring : Part 6".

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top