Showing posts with label HTTP Server. Show all posts
Showing posts with label HTTP Server. Show all posts

Sharing is Caring : Part 9

Ok dalam part ni Max akan tunjukkan macamana nak buat video streaming melalui site Joomla korang. First skali korang kene dapatkan extension Joomla ; AllVideosReloaded. Download kat sini;

All Videos Reloaded (Latest version 1.2.6stable)

Siap download tu, pastikan server korang running dan bukak joomla admin console (http://127.0.0.1:8080/administrator) dan pegi ke "Extension Manager" (Extension>Install/Uninstall);


Klik browse dan carik file yang korang download tadi (masa korang download maybe korang perasa ada 3 file dengan format berbeza;tar.bz2, tar.gz dan zip. Tak kisah korang guna yang mana sebab tiga2 ni sama je isinye);
Klik "Upload and Install" dan korang akan dapat notification yang Component tu da siap diinstall. Kat bawah dia lak ada quickstart yang panjang lebar;


Skang kita akan wat category baru untuk page video. Gi kat Content>Section dan klik "New". Letakkan nama section tu "Streaming" ;

Pastu kita wat category under section streaming tu lak. Gi kat Content>Category. Klik new dan letak title "Video" dan pastikan korang pilih section "Streaming" yang korang baru buat tadi;

p/s : Korang boleh gak letak satu lagi category, "Audio" under section "Streaming" tu.

Skang gi kat install dir "Abyss/htdocs/images/stories". Buat 2 folder kat situ dengan nama "videos" dan "audio";

Pastu korang letak file yang korang nak streaming tu dalam folder "videos" tu. Tak kisah apa format file yang korang nak streaming. Tapi Max sarankan guna file .mp4 atau .flv sebab saiznyer kecik dan tak bebankan server korang nanti;


Balik semula ke admin console tadi dan buat article baru (Content>Article Manager>klik New). Letak tajuk yang korang nak. Select section dan category yang korang buat tadi (Streaming, Videos). kalau korang nak letak video ni kat frontpage, select "Yes" kat "Front Page" tu. Tapi Max prefer letak kat page lain supaya video tu tak terus buffering masa visitor masuk ke site;


Pastu korang tengok kat bawah page new article tu ada button "AVR Media";


Klik button tu dan "popup" akan kuar;


Klik tab "Local Media" dan select file yang korang letak kat folder "videos" tadi;

Klik "Insert" dan satu tag beserta nama file yang korang select tadi akan kuar kat article editor tu;

Klik "Save' untuk save video korang tu. Skang kita akan buat link untuk masuk ke page video tadi. Klik Menu>Main Menu (atau mana-mana menu korang nak letak);


Klik "New" untuk create link baru dalam menu tu. Select Article>Category Blog Layout ;


Letakkan title "Video Sharing" dan pastikan korang pilih category video korang tadi ; "Streaming/Video";


Save link tu dan gi kat site korang. Korang akan notice ada link baru "Video Streaming" kat main menu tu;

Klik je link tu dan korang akan terus gi kat page Video tu;


Tamat da "Sharing is Caring : Part 9" ni. Part seterusnya adalah final part untuk siri "Sharing is Caring" ni. Nantikan finale tuh!...

Sharing is Caring : Part 5

Ok Max malas nk intro banyak-banyak. Kita teruskan "Sharing is Caring : Part 5". Part kali ni directly bersambung dengan "Sharing is Caring : Part 4", iaitu pasal Abyss webserver.

Skang ni Max akan tunjukkan macamana nak letak page untuk sharing site korang. Memula sekali korang kena ada html template. Google je "free html template" dan korang akan jumpa banyak template on the net. Donwload je mana korang nak. Untuk contoh,Max download template kat sini;



Extract je file yang korang download tu dan korang akan dapat beberapa file. Salah satu daripadanya ada index.html. Mungkin ada gak file-file lain ; image folder, style.css dll. Korang g kat tempat korang install Abyss, cari folder "htdocs";




Letak SEMUA file yang korang extract tadi kat dalam folder "htdocs" nih;



Pastu korang try la browse page korang kat http://127.0.0.1:8080/ (kalau korang pakai port lain masa install abyss, tukar port 8080 tu. Rujuk kepada "Sharing is Caring : Part 4"). Kat situ korang akan nampak html template yang korang download tu. Contoh template yang Max guna macam ni;


Apa yang korang nampak tak semestinya sama dengan Max punya page ni. Depend kat template yang korang pakai. Dan page tu perlukan sedikit ubahsuai sebelum korang boleh start sharing.

Pertama sekali, korang kene buat folder kat dalam folder "htdocs" tu. Namakan je sebagai "shared", dan letakkan apa-apa yang korang nak share kat dalam folder ni. Pastu korang carik file "index.html" kat dalam folder "htdocs" tu. Right klik dan bukak file tu pakai notepad. Korang akan dapat page yang penuh ngan coding camni;


Pakai notepad ni memang senang nak edit, tapi kalau nak lagi senang, Max suggest guna Notepad++ yang korang boleh download kat sini;




Max takkan sentuh pasal notepad++ ni kat sini. Kalau ada masa nanti Max akan buat tutorial khas.

K, kalau korang guna notepad++ ni untuk edit file index.html tadi, korang akan dapat macam ni;



Skang korang kene letak link untuk download kat page index.html ni. Coding html ni pon Max takkan cite kat sini. Korang boleh carik tutorial html kat google.

Tengok kat file yang korang yang nak share tu dan copy nama file tuh. Sebagai contoh, Max letak file "Video.mpg" kat folder shared. Kat file index.html yang korang edit tuh, taip macam ni;

  < a href = "/shared/Video.mpg" title="Video" > Download< / a >



  • "Video.mpg" adalah nama file yang korang nak share, 
  • "Video" tu perkataan yang akan kuar kalau hover kat link, dan 
  • "Download" lak text yang pelawat korang akan nampak kat page korang.
Siap taip tu, save file index.html tu dan try bukak semula sharing page korang. Macam template yang Max pakai akan dapat macam ni;


Kalau korang perasan ada link "download" kat situ. Kalau korang klik link tu, automatik browser korang akan download file "Video.mpg" yang ada kat folder shared tadi.

Untuk setiap file yang korang nak share, korang kene setting link kat index.html tu. Memang leceh ar, tapi berbaloi sebab korang leh design template tu ikut sukati korang.

Basic tutorial untuk Abyss tu sampai sini je. Untuk pengetahuan korang, selain Abyss, korang gak bleh pakai "Apache". Tapi setting dia memang sangat susah kecuali korang faham coding dia. Tapi "Apache" ni sangat popular, so ramai developer compile bersama-sama ngan Perl, PHP, dan MySQL atau lebih dikenali sebagai "WAMP" dan sekaligus memudahkan penggunaan Apache tu sendiri .

"WAMP" ni bermaksud ; Window, Apache, MySQL, PHP. Versi untuk Linux dipanggil "LAMP". Compiled programs ni da siap setting, korang cuma perlu install je. Kalau korang berminat, Max suggest guna "XAMPP" yang korang leh download kat sini;


Selain html, korang bleh gak hosting guna PHP file yang lebih banyak function. Max akan ajar untuk setting Abyss guna PHP file ni dalam Part seterusnya, "Sharing is Caring : Part 6".

Sharing is Caring : Part 3

Dah try buat FTP Sharing macam Max ajar kat “Sharing is Caring : Part 2”?. Kalau blom takpe. Jom kita wat basic HTTP sharing lak. Lagi seronok.
Untuk part 2 ni, Max akan guna version 2.2f. HFS tu bermaksud “HTTP File Server”. Korang boleh download kat sini.


Related Posts with Thumbnails
top