Pengasas Google

Entri kali ni adalah kesinambungan kepada entri "Wajah Sebenar Sang Google.com". Ramai yang tersalah tafsir tajuk entri tu, jadi kat sini Max tunjukkan pada korang, wajah-wajah mereka yang bertanggungjawab membawa Google pada dunia. Ini dia, Larry Page dan Sergey Brin.



Kedua-dua orang ni mencipta Google kerana tak berpuas hati dengan search engine ketika itu yang gagal memberi maklumat tepat mengenai apa yang dicari. Pada asalnya, projek mereka diberi nama BackRub, kerana teknologinya memeriksa backlink sesebuah laman web. Pada 1997, nama BackRub ditukar kepada Google, berdasarkan istilah 'googol' - yang bererti angka yang sangat besar iaitu 10 kuasa 100. Nama ni menggambarkan misi Larry dan Sergey untuk mengelola maklumat di internet yang tak terkira banyaknya.

Larry dan Sergey pernah menawarkan teknologi Google kepada banyak syarikat dengan harga USD 1 juta, tapi ditolak sebab semua syarikat menganggapnya tak penting. Kemudian mereka mengumpul wang sendiri, membeli server dan menyewa garaj untuk memulakan Google Inc. pada 4 September 1998.

Hari ini, Google menjadi salah satu nama yang paling berpengaruh dalam dunia IT dan merupakan enjin carian yang paling popular di dunia. Untuk pengetahuan korang, gaji kedua-dua pengasas Google ni sekarang hanyalah USD 1 sahaja, diatas permintaan mereka sendiri. Mereka menolak kenaikan gaji kerana imbuhan hasil saham mereka terus meningkat. Imbuhan dan bonus yang mereka terima masing-masing bernilai lebih kurang USD 40k, tidak termasuk hasil saham mereka!.

3 comments:

aque said...

wah... kalo x nak gaji yang nak naek tu.. owg nak.. hahhaha..... saham die lagi.. ish3.... ni yg nak tanye die nie..

"will u mary me?" hahhahha..

::fatihahanapi:: said...

blog d folow..folow i lak ye..nice blog.. ;)

Sollehahn Maximus said...

aque : haha..lambat sangat tanya...dua2 dah berpunya...

fatihahanapi : thx..max pon dah folo blog u

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top