Sharing is Caring : Part 7

Sepertimana yang Max bagitau dalam "Sharing is Caring : Part 6", Max akan tunjuk kat korang cara-cara hosting site korang guna Joomla.

Apa sebenarnya Joomla ni?. Joomla adalah open source CMS framework yang membolehkan korang membina website dengan mudah dan pantas. CMS tu bermaksud "Content Management System". Dengan CMS ni, korang takyah pening-pening nak buat banyak-banyak file untuk page berlainan kat site korang. Joomla ni jugak merupakan CMS yang paling popular dan digunakan secara meluas kat dunia ni.

Untuk menggunakan Joomla ni, ada 3 benda yang perlu ada kat PC/Laptop korang ; server untuk hosting, PHP untuk interpreting, dan MySQL sebagai database. Hosting server Max da ajar (Abyss) dan PHP pon Max dah. So sekarang tinggal MySQL.

Apa-apa hal, download dulu MySQL kat sini;


Sebenarnya ada lagi database lain yang boleh digunakan, tapi MySQL ni yang paling popular dan stable. So Max akan guna MySQL ni la.

Macam biasa, install dulu;

Ikut suka korang nak install kat mana;


Tandakan "Configure the MySQL Server Now" dan klik finish;

Confiruration dialog akan kuar;

Tros next;


Isikan password (Korang punya configuration mungkin 2 kali je dia tanya password nih. Max sebelum ni memang da install MySQL sebab tu ade isi password 3 kali tuh. Dont worry 'bout the detail);

Klik "Execute" dan tunggu;

Kalau takde problem, klik ke "Finish";

Siap install MySQL. Max taknak citer panjang-panjang pasal MySQL kat sini. Untuk install joomla ni cukup la setakat sini pengetahuan asas pasal MySQL.

Skang, gi download latest version Joomla kat sini;


Delete semua isi kandungan folder "htdocs" kat directory Abyss. (file-file index.html, index.php & folder shout yang korang da letak sebelum ni. Kosongkan terus folder tu);

Extract Joomla yang korang da download tadi kat folder htdocs tu;

Pastikan server korang da running. Akses folder htdocs tu melalui browser korang ( http://127.0.0.1:8080 ) dan page macam ni akan kuar;

Ni adalah interface untuk install Joomla nih. Klik je "next" kat belah kanan atas browser tuh dan Joomla akan check server korang;


Untuk yang atas tu, kalau korang ikut macam Max tunjuk sebelum ni, memang tak ada masalah. Untuk recomended kat part bawah tu, kalau di kaler merah, xde masalah. ( Tapi kalau korang anti sangat dengan kaler merah nih, korang leh godek file php.ini kat dalam install directory PHP korang dan restart server).
 
Klik Next lagi dan baca sampai habis GNU license tuh (kalau rajin ar..=D).

Klik next lagi dan korang masuk page untuk configuration database. Ikut configuration Max nih;
 Password tu adalah password yang korang isi masa configure MySQL tadi. Pastu klik Next;

Ni adalah page untuk configure FTP. Max anggap korang suma gunakan Window, so kita skip part ni. Klik Next tros;

Isikan nama site yang korang nak, isi e-mail dan password. Pastu pastikan korang klik "Install Sample Data" dan kemudian next;

Joomla da siap diinstall. Tapi sebelum tu, buka folder htdoc kat directory Abyss tu dan delete folder "installation" (takyah fikir banyak, delete je tros folder tu);

Pastu korang klik kat gambar rumah belah kanan atas browser korang;

Maka terpampang la page sharing korang;


Page korang still kene develop lagi (setting article, streaming dll). Max akan sambung dalam "Sharing is Caring : Part 8" sebab da penat tangan Max menaip sambil snap screenshot nih. Tunggu....

Sharing is Caring : Part 6

Macam yang Max bagitau kat "Sharing is Caring : Part 5", kali ni Max akan tunjuk cara-cara nak configure Abyss supaya server korang leh host PHP file. Bagi sape-sape yang pakai XAMMP, korang tak perlu configure PHP ni sebab semua da siap compile.
Straight to the point, memula skali korang kene install PHP dulu. Bleh download kat sini

PHP Download (Download installer, format .exe)

Pas siap download, follow je step yang Max tunjuk ni untuk install;


macam biasa, install directory ni pandai2 korang la yek



K, siap install PHP. Skang configure Abyss lak. Bukak console Abyss (right klik icon abyss kat task bar dan klik "Show Console"). Klik kat "Configure" yang kat Hosts (petak biru).

Klik "Scripting parameters"

Kat "Interpreters", klik "Add"

Kat "Interface", pilih "FastCGI (Local - Pipes)",


Kat "Interpreters" lak, klik "Browse", pastu carik folder tempat korang install PHP tadi;

Kat "Arguments" biarkan kosong dan pastikan tanda kat "Check for file existence before execution". Kat "Type", pilh "PHP Style" dan tanda kat "Use the associated extension......"

Kat petak "Associated Extensions", klik "Add". Taipkan "php" dan klik OK.

Klik ok lagi sekali;


Pada kotak "Custom Environment Variables", klik "Add";

Taip "REDIRECT_STATUS" kat "Name", "200" "Value";

Klik "OK" 2 kali untuk balik semula kat page configuration tadi;

Pegi kat "Index Files" lak;

Kat "Sharing is Caring : Part 5" Max ada cakap pasal file index.html ni. (yang dalam folder "htdoc" kat directory abyss). By default, abyss akan cari file ni dulu dalam folder htdocs tuh (sebab index.html dok kat atas sekali dalam list index files tu). Skang kita nak tambah satu lagi file. Klik kat "Add" dan taip "index.php" kat "File Name";

Klik "OK";
Pastu klik icon segitiga kat depan "index.php" tu dan letakkan "index.php" atas sekali dalam list (maknanya abyss akan cari file index.php sebelum index.html);

Klik "OK" dan restart server;


Skang kita akan test server plak. Bukak notepad (atau notepad++) dan taip macam ni;

echo "Test";
?>

versi gambar;

save file sebagai "index.php" (pastikan extension korang tu .php);

letakkan file tuh dalam folder "htdocs" dan masuk server korang kat browser (http://localhost:8080/). Korang akan dapat macam ni;

kalau korang nampak perkataan "Test" tu, maknanya korang da berjaya configure Abyss untuk support PHP dan sekarang korang da boleh carik macam-macam script PHP yang berlambak kat internet untuk korang letak kat page korang tu. Satu script yang Max suka adalah Shoutpro. Download ShoutPro kat sini;


extract file yang korang download tu ke folder "htdocs". Rename folder shoutpro tu kepada nama yang korang senang ingat. Max letak nama "shout" je;

untuk gi ke shout korang, guna address "http://localhost:8080/shout/shoutbox.php" dan dapat la shout macam ni;

Max akan terangkan lebih lanjut pasal shoutpro ni kat tutorial lain.

Tu je yang Max nak kongsi dalam "Sharing is Caring : Part 6" ni. Dalam part seterusnya, Max akan kongsi plak macamana nak gunakan CMS Joomla. Max pasti ramai yang tak tau apa Joomla ni. Tunggu je "Sharing is Caring : Part 7" dan korang akan suka dengan Joomla nih.

Sharing is Caring : Part 5

Ok Max malas nk intro banyak-banyak. Kita teruskan "Sharing is Caring : Part 5". Part kali ni directly bersambung dengan "Sharing is Caring : Part 4", iaitu pasal Abyss webserver.

Skang ni Max akan tunjukkan macamana nak letak page untuk sharing site korang. Memula sekali korang kena ada html template. Google je "free html template" dan korang akan jumpa banyak template on the net. Donwload je mana korang nak. Untuk contoh,Max download template kat sini;



Extract je file yang korang download tu dan korang akan dapat beberapa file. Salah satu daripadanya ada index.html. Mungkin ada gak file-file lain ; image folder, style.css dll. Korang g kat tempat korang install Abyss, cari folder "htdocs";




Letak SEMUA file yang korang extract tadi kat dalam folder "htdocs" nih;



Pastu korang try la browse page korang kat http://127.0.0.1:8080/ (kalau korang pakai port lain masa install abyss, tukar port 8080 tu. Rujuk kepada "Sharing is Caring : Part 4"). Kat situ korang akan nampak html template yang korang download tu. Contoh template yang Max guna macam ni;


Apa yang korang nampak tak semestinya sama dengan Max punya page ni. Depend kat template yang korang pakai. Dan page tu perlukan sedikit ubahsuai sebelum korang boleh start sharing.

Pertama sekali, korang kene buat folder kat dalam folder "htdocs" tu. Namakan je sebagai "shared", dan letakkan apa-apa yang korang nak share kat dalam folder ni. Pastu korang carik file "index.html" kat dalam folder "htdocs" tu. Right klik dan bukak file tu pakai notepad. Korang akan dapat page yang penuh ngan coding camni;


Pakai notepad ni memang senang nak edit, tapi kalau nak lagi senang, Max suggest guna Notepad++ yang korang boleh download kat sini;




Max takkan sentuh pasal notepad++ ni kat sini. Kalau ada masa nanti Max akan buat tutorial khas.

K, kalau korang guna notepad++ ni untuk edit file index.html tadi, korang akan dapat macam ni;



Skang korang kene letak link untuk download kat page index.html ni. Coding html ni pon Max takkan cite kat sini. Korang boleh carik tutorial html kat google.

Tengok kat file yang korang yang nak share tu dan copy nama file tuh. Sebagai contoh, Max letak file "Video.mpg" kat folder shared. Kat file index.html yang korang edit tuh, taip macam ni;

  < a href = "/shared/Video.mpg" title="Video" > Download< / a >



  • "Video.mpg" adalah nama file yang korang nak share, 
  • "Video" tu perkataan yang akan kuar kalau hover kat link, dan 
  • "Download" lak text yang pelawat korang akan nampak kat page korang.
Siap taip tu, save file index.html tu dan try bukak semula sharing page korang. Macam template yang Max pakai akan dapat macam ni;


Kalau korang perasan ada link "download" kat situ. Kalau korang klik link tu, automatik browser korang akan download file "Video.mpg" yang ada kat folder shared tadi.

Untuk setiap file yang korang nak share, korang kene setting link kat index.html tu. Memang leceh ar, tapi berbaloi sebab korang leh design template tu ikut sukati korang.

Basic tutorial untuk Abyss tu sampai sini je. Untuk pengetahuan korang, selain Abyss, korang gak bleh pakai "Apache". Tapi setting dia memang sangat susah kecuali korang faham coding dia. Tapi "Apache" ni sangat popular, so ramai developer compile bersama-sama ngan Perl, PHP, dan MySQL atau lebih dikenali sebagai "WAMP" dan sekaligus memudahkan penggunaan Apache tu sendiri .

"WAMP" ni bermaksud ; Window, Apache, MySQL, PHP. Versi untuk Linux dipanggil "LAMP". Compiled programs ni da siap setting, korang cuma perlu install je. Kalau korang berminat, Max suggest guna "XAMPP" yang korang leh download kat sini;


Selain html, korang bleh gak hosting guna PHP file yang lebih banyak function. Max akan ajar untuk setting Abyss guna PHP file ni dalam Part seterusnya, "Sharing is Caring : Part 6".
Related Posts with Thumbnails
top