Blog korang dimata search engine


Pernah terfikir ke macamana search engine macam google "tengok" blog korang?. Pernah tau search term apa yang bawak trafik dari search engine ke blog korang?. Entri kali ni ada kaitan dengan entri Max sebelum ni (Wajah sebenar google.com - entri yang Max tak sangka2 menarik banyak trafik, =D) . Max nak kenalkan korang dengan satu lagi features hebat yang ditawarkan google; Google Webmaster Tools.Dengan tools ni, korang boleh tau apa yang search engine, atau lebih tepat lagi, google tengok kat blog korang.


Untuk gunakan tools ni, gi je kat sini;

addkan alamat blog korang (ataupun laman sesawang korang), dan klik alamat yang korang dah masukkan tu;

Kat situ korang akan tengok dashboard webmaster tools ni. Ada search query, crawl error dan macam-macam.Kalau korang tengok semua kosong je, jangan risau sebab tu maknanya diorang belum retrieve info dari blog korang. Tunggu la dalam 2-3 jam sebelum google dapatkan semua info yang patut. Tapi Max tunjukkan features-features yang disediakan kat webmaster tools ni dulu.;



Kat page Top search query, akan dilistkan semua search query yang memaparkan blog korang sebagai result, dan berapa banyak trafik yang masuk melalui result tu;Korang gak boleh setting pengguna mana yang korang target untuk blog korang. Max setkan pengguna Malaysia sebab memang blog ni guna bahasa melayu je.


Korang jugak boleh tau kalau ade orang yang link ke blog korang.


dan berapa orang subscribe feeds blog (biasanya jumlah follower korang la);

Nak jaga keselamatan visitor korang pon boleh, sebab google akan cek samada blog korang ada malware (ni selalunya berpunca dari widget ntah apa2 yang korang letak, dan iklan2 yang datang entah dari mana);


Google gak akan tunjukkan kalau ada error masa dia crawl blog korang, so korang leh repair apa yang patut;

masalah berkaitan html tags pon korang boleh tau, siap ada suggestion;

Fetch ni macam yang Max cakap awal-awal tadi, macamana google tengok blog korang, dalam bentuk html;

Dengan webmaster tools ni, korang boleh improve blog korang dari segi niche, performance dan macam-macam. Bagi Max, tools ni sangat berguna dan yang penting, free!. =D.

3 comments:

Kie-yu said...

whoa~ ilmu baru!
tenx 4 da info ^__^

Sya Isya said...

hah! esok nak try. tau juga pasal kewujudan tools ni, tapi x pernah explore. thanks for the info.

Sollehahn Maximus said...

kie-yu : sama-sama
Sya Isya : kenapa tunggu esok?..skang gak gi try..letak alamt blog sekarang..sok da siap crawl..huhu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top