Blog sape selaju keta ferrari??

Selaju mana loading time blog korang? Macam kereta lumba F1? ke selembab siput sedut belakang rumah korang? Widget mana yang yang lambat loading? Pernah ke korang ukur kelajuan blog korang? Boleh ukur ke? Huh. Banyak tanya lak Max ni kan?. Sejak dua menjak ni Max banyak bercerita pasal tools untuk blogging. Untuk entri kali ni pun Max akan kenalkan 2 tools bagi pengguna Firefox.
Pertamanya, extension page speed. Entension ni membolehkan korang ukur kelajuan blog korang dan ketahui kandungan mana kat blog korang tu yang lambat loading. Tapi, untuk gunakan pagespeed ni, korang kene ada satu lagi tools yang tak kurang hebat ; Firebug. Firebug ni banyak digunakan oleh web developer. Kelebihannya, korang boleh tengok disebalik blog korang, dalam bentuk coding, dan korang boleh tau, coding mana yang membentuk setiap bahagian blog tu.



Apa-apa pun, dapatkan dulu firebug kat sini;

Pas install, restart firefox dan gi lak kat sini untuk dapatkan pagespeed;
Restart sekali lagi untuk lengkapkan installation. Pastu korang da boleh guna kedua-dua extension tu.Korang gi dulu kat blog korang yang laju sangat tu. Pas abis dia loading, gambar kumbang kat kanan bawah firefox;
 


Klik kat gambar anak panah (sebelah gambar kumbang kat kanan browser). Pastu korang hover mana-mana part blog korang. Coding untuk part yang korang hover tu akan dihighlight kat kotak bawah tu. CSS style yang berkaitan pon akan ditunjukkan kat petak sebelah kanan;




Dengan function ni, korang dapat adjust blog korang tanpa perlu pening-pening cari coding mana yang berkenaan tu. Try korang klik kat teks korang dan tukar saiz font kat CSS file. Dengan mudahnya saiz font korang akan berubah; 

Tapi Max ingatkan, function ni hanya digunakan untuk mencari & menguji coding pada sesebuah laman web tu. Perubahan yang korang buat tu takkan disave dan perubahan tu akan hilang lepas korang refresh blog korang. Kalaulah perubahan tu korang leh save, senang la korang godam blog orang lain. lol. Jadi extension ni sekadar membantu korang carik coding yang berkaitan.

OK. Tadi tu pasal firebug. Ni masuk pada extension PageSpeed lak. Extension ni UI dia combine sekali ngan firebug tadi. Korang tengok 2 tab last kat firebug tuh; "Page Speed" dan "Page Speed Activity", dua tab tu la kepunyaan extension pagespeed. under tab Page speed ni lak ade performance. Kat sini korang boleh tengok isu-isu berkaitan yang mungkin effect pada kelajuan blog korang. Score untuk kelajuan diberikan berdasarkan nilai maksimum 100 point. Suggestion untuk lajukan page pon disediakan;


Kat sub tab resources lak, senarai item yang ada kat page blog korang. Siap detail dengan saiz item tu. So korang boleh tau item mana paling besar dan paling kecik;

 Kat sub tab export lak korang leh save data blog korang tu. Atau korang leh hantar data tu ke web showslow. Yang ni Max tak pernah try lak. Malas nak try dengan kelajuan internet tahap siput tak makan nih. Subtab last tu; help. Help tu maknanya "tolong". So takkan tu pon Max nak ajar kan?..rofl.

Tgok lak kat tab last; Page Speed Activity. Kat sini korang leh tengok item mana kat page blog korang tu yang paling lambat load. Klik je kat "Record Activity" dan klik "Reload" untuk refresh semula page blog tu. Mana-mana item yang panjang sangat line kuning dier, item tu la paling slow skali load kat page blog korang. Kt situ gak korang leh tgok item mana yang sentiasa reload;


Gabungan extension firebug ngan pagespeed ni sangat berguna bagi Max terutamanya masa process blog/web development tu. Kita bleh tau item mana yang problem, item mana bermasalah. Max cadangkan korang pon try dua extension ni untuk pastikan trafik korang tak lari dek masalah loading yang lambat. Jangan lupa gunakan gak webmaster tools yang Max review dalam entri sebelum ni untuk pastikan blog korang lebih mantap dan gempak. =D

4 comments:

ardinihumaira said...

info yang bagus :) tq tq

Sambil Berblog Korang Buat Apa Ey?

Ariff Shah said...

wah. not bad. laju gak blog ni

Nisaeciz said...

yeah. belog dia mmg laju. bagus2. info pun beshh. ;)



nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Font ni da kicik sikit. okey ke?

Sollehahn Maximus said...

ahaha...blom selaju keta ferrari lagi.. =)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top