Istilah-istilah pelik

Apa istilah IT yang paling pelik korang pernah dengar?. Istilah-istilah yang Max senaraikan ni mungkin ada yang tak pelik. Cuma bagi Max, term-term ni unik. Max cedok dari Webopedia dan Techtarget.

Spim - "Spam" mungkin korang selalu dengar. "SPIM" ni, senang cite, spam yang dihantar menggunakan instant messaging macam skype, msn dll. Spimmer spimming the chat. Haha. Weird bunyinya

Crippleware - merujuk kepada software yang tak berfungsi sepenuhnya sebelum korang register.

PEBCAK - bermakna "problem exists between chair and keyboard". Istilah ni biasa digunakan untuk merujuk masalah yang berpunca dari user dan bukannya dari software atau hardware. Kadang-kadang, istilah PIBKAC (problem is between keyboard and chair) digunakan.

Bluesnarfing - merujuk kepada perlakuan mencuri informasi melalui wireless device macam bluetooth.

Smurfing - merujuk kepada perbuatan mengeksploitasi IP address untuk menggagalkan operasi sesebuah network.

Cuckoo egg - Merujuk kepada telur burung tekukur. eh. bukan. Cuckoo egg ni maknanya fail mp3 yang mengandungi hanya 30 saat lagu yang sebenar. Selepas 30 saat, lagu tersebut diganti dengan bunyian burung, atau voice message. Biasanya panjang lagu tu sama dengan lagu asal. Cuckoo egg ni bertujuan untuk mengelakkan muat turun lagu secara haram.

Googling - ni mungkin korang pernah buat. Gunakan Google untuk search nama orang-orang yang korang kenal.Kalau korang google nama korang sendiri, tu dipanggil "egosurfing"

FUBAR - ni Max macam biasa dengar. Bermaksud "f***ed up beyond all repair" atau "fouled up beyond all repair", merujuk kepada hardware yang rosak dan tak dapat diselamatkan.

Snake oil - minyak ular. lol. merujuk kepada tuntutan vendor software yang melampau-lampau dan tak masuk akal. Demand lebih. Hmm.. memang kene ar dengan nama minyak ular....

Googlewhack - ni pun term yang ada kaitan dengan google. Biasanya dilakukan oleh IT geek yang bosan. Dilakukan dengan cara search apa-apa term kat google, dan objektifnya adalah untuk cari perkataan yang akan menghasilkan satu je search result. Macam best je googlewhacking nih.Max cabar korang buat googlewhacking ni guna perkataan bahasa melayu. Cepat2. Sape dapat dulu.

Typosquatting - merujuk kepada perbuatan membeli nama domain yang hampir sama dengan sesebuah domain popular, dengan harapan akan dapat trafik free dari user yang sila taip nama domain. Contohnya macam "warcarft.com" , "goggle.com" , "yohoo.com" dll. Ish2..ade gak ke orang bazir duit beli domain atas sebab macam ni.
Zombie - seram lak dengar zombie-zombie nih. Tapi term "zombie" dalam dunia IT tak seram pon sebenarnya. Merujuk kepada "child program" yang dimulakan oleh "parent program" tapi kemudiaannya dibiarkan/ditinggalkan oleh "parent program" tu. Macam anak buangan la nih. Software pon pandai buang anak yerk. Istilah zombie ni gak kadang-kadang merujuk kepada komputer yang dah "disuntik" virus yang menyebabkan komputer tu dikawal oleh penggodam (hacker), tanpa pengetahuan pemilik komputer tu.

2 comments:

owner said...

nice entry....

TMUkmkd said...

zombie. kill je :p

fubar tu mungkin ko pernah dengar pasal foobar kot?
ejaan hampir sama. satu tu player :D

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top