Eh?. Apsal ni??..alamak!!..tolooong!...

 Di suatu malam yang sunyi sepi, sedang korang asyik berblogwalking dan meninggalkan jejak di shoutbox di sana sini, tetiba komputer korang restart dengan sendirinya. Apa dah jadi??..Hantu komputer mana lak kacau tengah-tengah malam nih???..Macamana nih???..

Pernah ke korang rasa situasi macam tuh?. Komputer restart tanpa sebab yang pasti.Bagi korang yang arif bab-bab IT ni mungkin tahu la nak handle macamana. Yang lain-lain tuh?. Apa tindakan korang kalau kene camni?.

Ok Max nk bgtau skit cara-cara nk tau ape problem komputer korang tu sampaikan dia selamba jer restart sendiri. Biasanya problem macam ni puncanya daripada OS korang..Window la tuh..Window akan automatic restart kalau crash. Ok gak dia window ni restart sendiri. Kalau Mac crash, dia buat bodo je...hang.

Macamana lak nak tau problem komputer korang?. Follow je step nih:

1. Pas window restart je, pegi kat "computer properties" (tekan button win+pause). Kat tab "Hardware", klik "Setting" kat "Startup and Recovery".

2. Nanti kuar satu window. Uncheck kat "Automatically Restart" dan klik ok 2 kali. Apa yang korang buat kat sini adalah, elakkan window daripada automatic restart kalau crash berlaku. Sebaliknya, bluescreen (aka bluescreen of death) akan dipaparkan.

3. Skang, korang tunggu je la kalau2 window tuh crash lagi. Kalau tak crash, cepat2 la korang sujud syukur. Tapi kalau crash lagi, bluescreen tu akan kuar. Jangan terus restart je. Jangan ingat bluescreen ni takde fungsi. Korang tengok btol-btol screen tu. Punca window crash tu akan dipaparkan kat situ. Take note tentang punca crashing tu. Window crash boleh berpunca daripada hardware ataupun software.

4. Apa yang korang boleh buat sekarang, cari la IT expert untuk tolong korang repair punca crashing tu. Kalau korang baru install apa2 hardware, try uninstall semula hardware tu. Kalau still crash gak, cara terbaek yang Max sarankan, tanya dengan expert kepada segala expert ; Google. Korang google je punca crash yang korang tengok kat bluescreen tu dan kenalpasti hardware mana yang bermasalah tu.

Pesan Max, jangan gelabah kalau tetiba window crash. Perhatikan betul-betul apa-apa yang terpapar kat skrin korang. Jawapan kepada masalah tu mungkin ada depan mata korang.





ish2 korang nih...Max suruh korang tengok skrin...yang korang belek gambar nih sampai nak keluar biji mata tu apsal??

5 comments:

Mr. J pengeRindu said...

huahuhruhauhuh.. aku nampak benjolan itu.. ejoakeoke

dizzydude said...

Gambar tu ibarat screen monitor LCD Samsung yang canggih laaa..hahaha!!

Sollehahn Maximus said...

Mr. J : benjolan apakah itu.....
dizzydude : kalau gambar tuh...monitor CRT pon nampak macam LCD...haha

RozaniGhani said...

kemungkinan max kena attack masa blogwalking. apsal tak report attack site kat google?

rionix said...

monitor 3d ek tu. asal cam x rata je blue screen tu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top