Kategori blog yang malaaas dilayari....

Semenjak dua menjak ni Max memang rajin sangat berblogwalking. Tapi kadang-kadang ada satu dua blog tu menyebabkan Max bangun terus dari kerusi, tutup Firefox dan tros tido. Ada la ciri-ciri blog tu yang menyebabkan Max berenti. Bagi kategori "Blog yang malas dikunjungi"..calon-calonnya ialah:

1. Berserabut

Blog tunggang terbalik. Widget berterabur. Iklan sana-sini. Nak baca pon susah. Bukannya tak boleh letak iklan ngan widget banyak-banyak. Tapi susun la elok-elok.

2. Streaming

Max ni kipasusahmati Jpop. So mmg 24/7 winamp terpasang ngan lagu Jpop je. Tetiba bila blogwalking ada lak kuar lagu rock,hindustan, metal & macam2 bahasa yang Max pon tak paham. Kan ke pelik tetiba Jpop bercampur ngan lagu hindustan. Personally bagi Max, streaming lagu ni boleh menyebabkan orang tanak masuk ke blog kita. Fikir2kan lah orang yang menggunakan dial-up, tenet slow dan mereka2 yang ada limit pada internet connection diorang. Kalau nak letak streaming pon, biarlah letak kat belah atas blog, dan bukannya autoplay. Kalau visitor berminat nk dengar, pandai2la diorang play sendiri.

3. Beraaat

Maksud berat kat sini...lambat gila nak loading. Bayangkanla, ada blog yang Max masuk tuh, siap sempat masak air, buat milo, habis minum, basuh cawan. Duduk balik, tgok2 blom siap2 loading dia. Puncanya, upload gambar banyak2, pastu tak kecikkan lak tuh. Pastu ada lak widget ntah apa2 yang berat giler. Bagi mereka2 yang menggunakan connection free kat U/kolej yang selaju 100MBps mungkin selamba je masuk. Max ulang bali kata2 Max tadi, fikir2kanlah orang yang menggunakan dial-up, tenet slow, dan limited connection.

Apa yang Max taipkan sume nih sekadar pandangan Max jer, tapi Max pasti, ramai lagi yang berpandangan sama. Kesilapan kecil boleh menyebabkan blogger kehilangan trafik2 yang berpotensi. Jadi, renung2kan, dan selamat beramal. =D

4 comments:

RozaniGhani said...

ok la internet free. aku guna opera semata-mata nak jimat bandwidth celcom broadband.

Mizkadiah said...

Aku setuju dengan ko ni... kadang2 tengok cam menarik jer blog dorang bila hias sana hias sini. teringin gak nak hias macam tu. Tapi hias punya hias, blok aku lambat tahap gaban bila nak bukak. So aku kurangkan dan ambil yang penting jer.. kadang2 lagu tu aku memang tak suka gak sebab aku punya volume laptop sentiasa on. bila buka blog yang ada lagu rasa macam terganggu pulak..

.sweet-ants. said...

dah selalu org ckp n post psl ni..tp same je dorg bkn peduli pon

mindbreaking said...

ilmu yg bguna...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
top